Ahad, 25 September 2022

 *AL-THABAT & AL-MURUNAH*

Thabat membawa maksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang dinyatakan secara tetap atau qat'ie tidak boleh dipinda dan diubah dasar dan prinsipnya.

Konsep Thabat;

*1. Akidah.*
Dapat dilihat dari segi kepercayaan terhadap Allah s.w.t. yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya. Perkara-perkara berkaitan akidah adalah tetap dan tidak boleh dipinda atau diubah-ubah. Firman Allah SWT :

‎وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ
"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani." (QS, Al-Baqarah : 163)

*2. Ibadat.*
Dalam konteks 'amaliyyah seperti ibadat solat, puasa, haji dan zakat telah ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam.

*3. Ketetapan hukum syariah* yang diwajibkan dalam al-Qur’an dan al-Hadith seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram bagi khinzir, minum arak, berjudi dan riba.

Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, ketetapan dan keanjalan dalam syariat Islam adalah seperti berikut;

1. Tetap pada tujuan dan matlamatnya tetapi anjal pada bentuk pelaksanaannya.
2. Tetap pada dasar dan kaedah umumnya tetapi anjal pada perkara-perkara cabang atau furu'.
3. Tetap pada nilai keagamaan dan akhlak tetapi anjal pada urusan keduniaan dan ilmu pengetahuan.

Murunah pula membawa maksud anjal iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian namun masih tetap atas prinsip asasnya. Konsep Murunah dari sudut;

a) Cara dan jalan untuk mencapai matlamat dan tujuannya
b) Cabang-cabang dan ranting-ranting bagi usul-usul dan prinsip-prinsip umumnya
c) Urusan-urusan keduniaan, ‘uruf dan adat masyarakat.

Kelebihan sifat Murunah;

1. Menunjukkan sifat toleransi dan berhikmahnya Islam.
2. Menarik minat orang bukan Islam untuk memahami keindahan dan mudahnya ajaran Islam.
3. Menggalakkan umat Islam mentaati dan melaksanakan perintah Allah SWT dengan sempurna.

Konsep al-Thabat dan al-Murunah ini jelas ditonjolkan dalam beberapa perkara ibadah. Contoh, kewajipan menunaikan solat akan terus kekal dalam apa-apa keadaan sekalipun, akan tetapi terdapat kelonggaran dalam melaksanakannya. Antaranya, seseorang yang bermusafir boleh untuk solat secara qasar dan jamak. Begitu juga jika tidak mampu berdiri, dibenarkan untuk duduk, baring mengiring atau terlentang dan sebagainya.

Thabat dari sudut matlamat, aqidah, prinsip-prinsip dan nilai-nilainya dan Murunah dari sudut huraian, perincian, pengecualian dan perlaksanaan terhadap matlamat, prinsip dan nilai-nilai yang tetap tadi, begitu juga dalam soal-soal keduniaan, adat dan kebiasaan hidup.

Dengan adanya ciri-ciri Thabat, maka Islam akan terus kekal kukuh dan teguh di sepanjang zaman. Ajaran, pegangan dan prinsip-prinsip Islam tidak pernah goyah dan terumbang-ambing menghadapi apa sahaja suasana dan cabaran zaman.

Pada masa yang sama, ciri-ciri murunah dan tatawwur pula menjadikan Islam sebuah agama yang dinamik dan berdaya maju. Ciri ini mengelakkan Islam dari bersifat jumud dan beku. Dengan itu Islam merupakan agama yang sesuai dan valid dengan kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan meningkat dari masa ke masa.

Thabat (constancy) dan Murunah (flexibility) yang merupakan salah-satu ciri-ciri kesederhanaan atau wasatiyyah yang menjadi keistimewaan Islam seterusnya membezakan Islam dengan agama ciptaan manusia. Islam menyapadukan antara keduanya dengan meletakkan setiap satunya pada tempat yang tepat.

Selasa, 20 September 2022

 CARA MEMILIKI SIFAT  RABANIYYAH

  • Beriman dan yakin dengan segala rukun iman
  • Berjihad dengan nyawa,harta dan akal fikiran untuk meninggikan syariat islam
  • Berusaha dengan bersungguah-sungguh untukmencapai keredaan Allah s.w.t.
  • Mengerjakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangan.

perbezaan antara agama langit dan agama budaya





 AGAMA LANGIT(SAMAWI)

  • Bersumberkan wahyu Allah s.w.t
  • Memiliki kitab-kitab suci Allah s.w.t
  • Ajarannya kekal hingga akhir zaman
  • Kebenarannya bersifat mutlak
AGAMA BUDAYA 

  • Bersumberkan pemikiran manusia
  • Memiliki kitab ciptaan sendiri
  • Berunah-ubah berdaasarkan situasi dan masa 
  • Kebenarannya diragui

Ahad, 18 September 2022

 PUNCA-PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM MENGUASAI TAMADUN DUNIA

1 Perbezaan Mazhab Pemikiran

2 Keruntuhan Moral dan Sikap Umat Islam.

3 Agenda Kristianisasi dan Perang Salib.

.4 Perancangan penjajah terhadap dasar Islam

5 Halangan ke Atas Ulama dan Pendakwah (Syed Qutb 1971:44).

6 Kegagalan Dalam Sistem Pengurusan dan Pentadbiran.

7 Polisi Pemisahan antara Pentadbiran Negara dan Urusan Agama

.8 Menghalang Penerbitan Kitab Ilmu

9 Ketinggalan dalam Pertumbuhan Ekonomi.

.10 Penyerapan sistem sekular dalam pendidikan

Sabtu, 17 September 2022

 -SUMBER RUJUKAN

1)RAMLAN AHMAD,TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4,PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA DATA PENGKATALOGAN,2002.

2) (pengurusandalamislambab1.blogspot.com).

3)https://www.unisza.edu.my/icic/images/Fullpaper/78_-_Zawawi_Yusoff.pdf

4)http://tasawwurdsh.blogspot.com/2017/04/perbezaan-antara-agama-langit-dengan.html

5)Thabat (constancy) dan Murunah (flexibility) (sipelautcyber.blogspot.com)

Isnin, 29 Ogos 2022

 KESIMPULAN

  • ISLAM YANG BERSIFAT RABBANIYYAH IALAH AJARAN YANG BERASASKAN  PERANCANGAN ALLAH S.W.T KEPADA MAKHLUK-NYA.ALLAH MAHA PENCIPTA LAGI MAHA MENGETAHUI SEGALA KEKUATAN DAN KELEMAHAN SERTA KEPERLUAN DAN KEHENDAK MAKHLUK-NYA TELAH MEMBERI GARIS PANDUAN DAN BIMBINGAN UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAN HIDUP DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.
  • AGAMA ISLAM BUKAN HANYA AGAMA YANG BERBENTUK IBADAT,TETAPI AGAMA YANG MENGATUR HIDUP MANUSIA DALAM SEGENAP ASPEK KEHIDUPAN SEPERTI EKONOMI,POLITIK,SOSIAL DAN PERUNDANGAN . ISLAM MENGAJAK PENGANUTNYA HIDUP DALAM KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT KERANA DUNIA INI MERUPAKAN JAMBATAN MENUJU KE AKHIRAT.
  • ISLAM BERSIFAT ALAMIYYAH IAITU AGAMA YANG SESUAI BAGI SEMUA MANUSIA TANPA MENGIRA BANGSA,TENPAT,DAN ZAMAN .MANUSIA MEMPUNYAI TARAF YANG SAMA,IAITU DIANUGERAHKAN AKAL FIKIRAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK MENCORAKKAN KEHIDUPANNYA BERPANDUKAN WAHYU.ISLAM MENEPATI FITRAH KEJADIAN MANUSIA KE ARAH MENCAPAI KESEJAHTERAAN DAN KEAMANAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT

 CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM🌟

-RABBANIYYAH💖
  • PRINSIP-PRINSIP RABBANIYYAH
  • CIRI-CIRI SYARIAT TERDAHULU
  • CIRI-CIRI AGAMA LANGIT
  • CARA MEMILIKI SIFAT RABBANIYYAH
  • PENGHAYATAN
-SYUMULIYYAH💓
  • KESYUMULAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN
  • PRINSIP-PRINSIP SYUMULIYYAH
  • KONSEP SYUMULIAH DALAM KEHIDUPAN
  • PENGHAYATAN
-ALAMIYAH💕
  • PRINSIP-PRINSIP ALAMIYYAH
  • ANTARA HAK-HAK ASASI MANUSIA YANG DIJAMIN OLEH ISLAM
  • BUKTI ISLAM BERSIFAT ALAMIYYAH
-ALAMIYYAH DAN UMUMIYYAH💗

-KEKAL💖

-THABAT DAN MURUNAH

-PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM

-PERBEZAAN AGAMA LANGIT DAN AGAMA BUDAYA

KEADILAN DAN MUTLAK💝

-KESIMPULAN


  *AL-THABAT & AL-MURUNAH* Thabat membawa maksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang dinyat...