Isnin, 29 Ogos 2022

 RABBANIYYAH💖

-Membawa maksud ketuhanan ,iaitu segala hukum,konsep,prinsip,nilai, dan peraturan yang terkandung dalam islam adalah bersumberkan wahyu allah s.w.t .Menurut Dr. Abdul Karem Zaidan, sifat ketuhanan ini merujuk kepada semua peraturan hidup yang telah ditentukan oleh allah s.w.t yang merupakan pencipta dan penguasa alam ini.

Islam ialah ajaran yang diwahyukan kepada nabi muhammad s.a.w dan bukannya ciptaan manusia.sifatnya yang sempurna dan sesuai membuktikan bahawa ajaran ini terhindar daripada campur tangan makhluk dalam penggubalannya.islam telah diiktirafkan sebagai ad-din melalui firman allah s.w.t.

 




PRINSIP-PRINSIP RABBANIYAH

1.Islam ialah agama yang diwahyukan oleh allah s.w.t. dan bukan ciptaan manusia.
2.islam ialah satu pegangan yang jitu dan bersih daripada kekurangan ,kejahilan ,dan dorongan hawa nafsu.
3.Islam dan seluruh makhluk merupakan hak kepunyaan allah s.w.t.
4.Allah s.w.t ialah hak milik sebagai pembeeri peraturan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  *AL-THABAT & AL-MURUNAH* Thabat membawa maksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang dinyat...