Isnin, 29 Ogos 2022

 Alamiyyah dan Umumiyyah💗


-Syariat Islam menjadi istimewa dengan ciri ini. Ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, petunjuk kepada seluruh umat manusia serta peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat tanpa mengira bangsa serta warna kulit.

-Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti dalam Jadual 1.1.

JADUAL 1.1 Tahap Keperluan Manusia

Tahap Keperluan
Huraian

Dharuriyyat
Kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Dharuriyyat ialah perkara asas dunia dan akhirat yang merangkumi akal, agama, nyawa, keturunan dan harta.

Hajiyyat
Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun, manusia masih boleh hidup tanpa kewujudannya. Contohnya, penggunaan telefon mudah alih pada masa ini yang menjadi alat komunikasi yang penting.

Tahsiniyyat
Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup lebih mulia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan. Contohnya Islam mewajibkan wanita menutup aurat tetapi cara penutupan aurat adalah mengikut tempat dan suasana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  *AL-THABAT & AL-MURUNAH* Thabat membawa maksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang dinyat...